Monday, 24 February 2014

Monday Blues!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Teo' ais limau je!!

Halo halo.. Macam mana hari ni? Ada simptom Monday blues tak? Eh kau tahu tak Monday blues tu apa? Ok semua benda kau tak tahu bukan? Monday blues tu bila kau mengalami hari yang tak best pada hari Isnin, bukan Selasa mahupun Rabu apatah lagi Khamis. haha. Macam macam hal ah. Dengar hari Isnin je, kalau boleh kau nak lari satu padang sekolah sambil garu pusat kau bak kata Azham kawan aku di kolej. What? Najis ah! Haha. Dan kalau boleh kau nak hapuskan hari Isnin daripada senarai top 7 hari hari dalam seminggu tu kan? Kira bagi kau seminggu ada enam hari je lah? Kau memang giler!! Ok aku malas nak layan..

Aku dah buat research sikit. Cehhhwah.. So, aku nak bagi SATU cadangan jer. Haha. Malas ah aku nak bagi banyak banyak. Kau bukan nak hikut pun kan? Okay. Bagi mengelakkan kau mengalami Monday blues, pagi pagi kau bangun tu, kau pasang lah lagu lagu best. Atau lagu lagu yang rancak seperti SECANGKIR MADU MERAH MEMBASAHI DI KALBU BERSULAM ASMARA BENANG BENANG CINTA. Aku siriyes ni ! Bila kau dengar lagu lagu happy ni, secara tak langsung, kau pun boleh jadi happy. Kira macam psiko lebih ah. Haha. Then, masa on the way kau nak gi kuliah/kerja tu, kau boleh pasang radio. Kau ambil lah mood daripada deejay deejay radio yang tak habis habis nak prank orang ramai tu. Boleh?

Eh. Tapi, kau kena ingat, kau jangan dengar lagu lagu sedih tahap air hidong (a.k.a hingus meleleh) tu. Contoh, kau pasang lagu lagu seperti HATI MEMBEKU MENGINGATKAN KATA JANJI MANISMU OH YEAHHHH. Tak pasal pasal kau tercirit lantas terbirit. Haha. Kalau kau dengar lagu lagu jiwang yang memerlukan kau bermain dengan emosi, kau boleh jadi tekanan perasaan nanti. Okay ? Ingat ! Kau mampu mengubahnya ! Kau jangan ingat kau sorang je mampu mengubahnya ! Aku pun mampu mengubahnya ! XD

potpetpotpet: Siriyes entri ni memang tak ada kaitan dengan mana mana blue, bulu atau balu. haha


Sunday, 23 February 2014

Aku Cuci Pakaian | Berani Betul Perempuan ni

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Haiyak! Dah ketul-ketul lengan aku dok menyental baju, suar, kain pelikat, singlet dan jugak spenda haha. Tak perlu gi gym semua tu konon konon la. Tu la sebab dan akibat bila aku mengamalkan konsep sikit sikit lama lama jadi bukit. Maka berbukit sudah pakaian terkumpul setakat neyh. Hamek!!! Terketar-ketar kepala lutut aku tadi dok canggung cangkung sambil sental sental haha. The moral of the story is aku tak reti nak lukis mural. Erk.

Aku pun nak selfie jugak. Eh boleh?



Tadi punya story:-

Bukan Aku : Halo? Ni siapa?

Aku : Eh jap. Ni siapa pulak?

Bukan Aku : Errr... Ni siapa ek?

Aku : Haiyak. Ni tiba tiba kol saya lepas tu tanya saya siapa pulak. Hurmmm. Ni Fakimi.

Bukan Aku : Oh. Ni Munah bukan nama sebenar.

Aku : Siapa pulak ni?

Bukan Aku : Takde siapa siapa.

Aku : Eh eh mana dapat nombor ni?

Bukan Aku : Ada kawan bagi.

Teeettt...

Aku matikan terus talian tu. Adeh. Aku tak suka kot spesies perempuan macam ni. Gedik gedik kol nombor entah siapa siapa lepas tu boleh pulak nak kenal kenal. The problem is kau nampak sangat sangat desperado. Siriyes. You don't know who you call on the phone, then kau senang senang nak beramah mesra selamat hari raya bagai. What if I was a serial killer. Kau tak takut ke? Okay. Aku tahu aku memang tak logik nak jadi serial killer haha.

Lepas tu kan kan kan dia hantar mesej pulak. Adehh deh deh. Cik adik hoi sila hentikan perbuatan ni. Cewahhh. Aku ni dah la malu malu kuceng kalau bab bab ni. Erk. Harap maklum. Biar aku sorang je yang gatal gatal ulat bulu. Kau tak perlu. :P

potpetpotpet: Aku ni memang pemalu orangnya. Eh sila percaya! 





Thursday, 20 February 2014

Aku Lupa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Pandang pandang alam ini. Sambil pandang difikiri. Mana bumbung langit tinggi. Mana lantai bumi. Aiyoh. Nak nyanyi juga la? Haha. Well, nak nasihat la kat kekawan sekalian. Kalau nak buat something tu, you guys better look look left right okay because people old old say when you speak day, look look, you speak night, hear hear. Mati la korang nak translate BI cap ayam ni kan? Direct translation katanya. Konsep rujuk kamus la ni. Haha. Ok. BM kan mudah? Hurm. Orang tua-tua cakap... Eh, orang tua-tua Meh sini aku bakar rambut kau. Bukan orang tua-tua tau. Salah. Orang-orang tua. Betul tak cikgu? Okay. Orang-orang tua ada berkata, kalau cakap pada siang hari, pandang pandang, kalau cakap pada malam hari, dengar dengar. Kan kan kan? Adeh..Well, tu introduction aku yang mungkin tak ada kaitan dengan apa yang aku nak cerita. Boleh? Haha.

Okay. Back to the topic ! Aku gi stesen minyak tadi. Nak beli ikan masin. Boleh ? Opkos lah aku nak gi isi minyak. Haha. Aku nak isi RM30 je, cukup untuk beberapa hari kot. Harap harap ! So, aku keluarkan not RM50, then, bank in kat Maybank. Haha. Sila siriyes ! Okay. Aku keluarkan not RM50, then, bayar kat kaunter. Dah bayar, aku patah balik semula kat kereta. Eh. Takde siapa nak tolong tuangkan minyak ke ? Sampai hati kau. Haha. Aku tuang minyak dengan suasana yang agak pilu. Boleh macam tu? Eh. Tiba tiba ada mak cik datang dekat kau tahu! Hurm ... Mula mula aku curious jugak. Nak kata jual kerepek, tak nampak pulak bakul kat pinggang dia. Musykil gilerrr. Jeng jeng jeng.

"Adik, ni duit baki RM20."


potpetpotpet: Aku dah tua ke?

Tips | Study For Final Exam!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Gomo Klate Gomo!!


Oh. Tinggal sebulan je lagi.Ya. Lebih kurang 30 hari la. Sekejap je tu. Pejam celik pejam celik. Tidur balik boleh? Hoho. Ya. Peperiksaan akhir dah ada kat sekitar sudut tu. Kau tak faham? Okay. Finale exam is just around the corner. Oh. Demand pulak. Nak jugak speaking-meaking ni. Hoho. Ni aku nak ambil mood exam ah. Kau tahu tak aku kena jawab exam mulai 24 February 2014 ni ? Okay. Sekarang kau dah tahu sebab aku dah terberitahu. Faham faham sudehhh ...

Therefore, aku nak kongsi tips how to study for final exam. Tips ni sesuai diaplikasikan oleh sesiapa sahaja, di mana jua dan pada bila bila masa. Cehhh... Walaupun aku tak pernah dapat dean list, aku nak kongsi ni jugak. Tak kireee!!! Haha. Jom belasah !!

  • Sila ulangkaji semua homeworks, tests, quizzes or even past years questions. Kadang kadang, kau boleh jumpa soalan soalan yang sama dalam final exam. Ni kes malas nak buat soalan soalan baru ah ni. Siriyes !
  • Sila buat jadual belajar. Kau jangan gedik gedik nak study semua paper sekali. Kau ingat kau Albert Einstein ? Kalau boleh, satu jam kau study, satu jam kau berehat atau kau buat aktiviti lain.
  • Sila berehat dengan secukupnya. Kalau kau letih masa jawab final exam, habis ah kau ! Okay ? Kalau kau takut letih sangat, kau berehat je, tak payah study. Haha.
  • Sila potong rambut sependek yang boleh. Kalau botak lagi bagus. Secara hipotesisnya, semakin sikit rambut kat kepala, semakin senang otak menyerap ilmu. Harap maklum.


Kau boleh tangkap gambar macam ni? hehe



potpetpotpet: Aku nak minta maaf kalau ada salah dan silap yang aku terbuat, tak kira ah sengaja ke tak sengaja ke. Peace ! XD


Berita Gembira!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Bila rasa gembira tepuk tangan !!


Ya. Berita gembira. Okay. Why? Aku dapat duit berjuta-juta ke? Aku dapat kereta BMW ke? Aku dapat barang kemas Habib Jewels ke? Aku dapat bercuti ke Paris ke? Wah. Terbongkar ke[materialistik]an aku. Shhh... Oh. Aku dah berbaik semula dengan kawan aku! Ya. Aku bergaduh dengan dia semalam. Kan bagus macam ni? Dia minta maaf. Aku pun minta maaf juga. Ya. Dia dah menceritakan semua masalah dia kat aku. Dan aku memahami dia. Why he acted like that yesterday. Bukan calang-calang masalah yang dia hadapi sekarang ni. Aku harap kau tabah. Okay? But, jangan lepas geram kat aku lagi tau? Hehe. Good luck in your life!


potpetpotpet: Okay. Mood dah stabil. I'm in his friends' list. Again.

Wednesday, 19 February 2014

Tiba-tiba Aku Rasa Panas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ok. Aku panas. Luar dan dalam. Cuba kau lihat cuaca sekarang dah tak menentu. Panas. Hujan. You never know. Hurmmm. But, aku tak kisah kalau aku panas kat luar. It's normal. Kan kan kan? Panas kat dalam? Bukan sebab aku nak demam!! Itu lain. Sila rujuk kamus kalau kau rajin. Dipersilakan. Hehe. Well, aku sakit hati dengan seseorang. Dengan tindakan dia. Okay. How to start... Yesterday, he posted something on his wall. Oh. Kat facebook dia. About his problem. Then, I replied la kan. As a friend. Oh. Aku kawan dia. Kawan baik. Dulu. We've been friends together since we were in Form 2. Quite some time right? Okay. Aku reply his status with jokes. Aku gurau. You know. Gurau. Something funny. Maybe. But, he pissed off. Totally. Dia marah gila-gila kat aku. Sebab konon I didn't understand what his problem was. Hello! Aku bergurau dengan kau. Tak perlu kot kau nak marah-marah aku! I thought he'll smile. Instead of that, he was getting emo. Sangat emo. Hurm. What to do? Aku pun delete la those comments from his status tu. Then, tak lama lepas tu, he deleted me from his friends' list. Ya. Dia remove aku from the list. Ya Allah! Apa yang aku dah buat? Sangat besar ke kesalahan aku tu? Sanggup dia remove aku? So, kira dah tak kawan lagi la ni? Okay. It's up to you. If you decide that way, I'll follow you. I don't know you. And you don't know me. Deal.

Okay. Maybe, it's all my fault. Aku tak sepatutnya bergurau dengan dia. Ya. Kan kau tengah ada masalah kan? But, itulah aku. Aku suka bergurau. I thought he'll be fine with that. Or maybe mood dia jadi lebih baik. Something like that la. Ye la. Dah berapa lama kau kawan dengan aku? Lebih tujuh tahun bukan!!! Ya. Lebih tujuh tahun. Lama tu. Still, kau tak kenal aku lagi. Melayu mudah lupa. Okay. Apa yang membuatkan aku kecewa, setelah bertahun-tahun kami berkawan, tak sampai sehari, or tak sampai sejam pun, dia boleh buang aku daripada hidup dia. Kau kejam!!! Ya. Disebabkan perkara tu, aku sangat panas. Aku sangat sakit. Hati aku. Sangat sangat. Arghhh... Tak boleh nak cakap apa lagi dah. Ya. I'll keep moving on. Don't get me wrong, but, I can live with or without you. Seriously. Dan hidup aku masih panjang lagi. Dengan izin Allah. Aku masih berpeluang untuk bertemu dengan kawan-kawan yang baru. Kawan-kawan yang lebih menghargai nilai persahabatan ni. Tamat.

Dah. Aku malas nak fikir pasal kau lagi. Esok aku ada Test (Fara Aid'). Nak study malam ni pon dah tak ada mood. kau tahu tak? Kau ingat Fara Aid' ni senang macam kau masak maggi dekat dapur ke? Susah tau tak. Lagi lagi kena jawab dalam Bahasa Arab. it's not easy right. Bak kata pepatah. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ok aku rasa tak ada kenemengena langsung pepatah tu. okbai.

This is because of him.

potpetpotpet: Thanks to my dearest friends yang sudi dengar masalah aku ni semalam. Thanks to Erry, Azmi dan Daniel. Ya. I really appreciate you guys.

Monday, 17 February 2014

Balik Kampung | Bercuti Di Kem Askar



Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera ! Sekian. Terima kasih. Itu je aku nak update hari ni. Boleh? Mati ah aku kena maki hamun dengan budak budak ni. Haha. Takde ah.  Aku main main je. Don't worry ah. Ada banyak gile story aku nak tulis ni. Kau dah sedia ke nak dengar ni? XD

Ok cerita ni bermula hari Khamis. Kau ingat tak entri yang aku planning nak balik kampung tu? Ok kau dah lupa! tekan sini. Lepas habis kuliah 5.30petang hari tu. aku degan Safura terus masuk kereta, kami nak gerak balik kampung dah. Safura dah bawa segala kain baju dia time masuk kuliah, tapi time tu aku belum kemas lagi kain baju aku. Aku pun drive balik rumah aku kejap untuk ambil baju, ye la kata nak balik kampung takkan tak bawa baju kot. Time tu Mutheerah tunggu kitorang di carefour Sri Petaling. Kami terus kesana. Kau tahu tak bapak lama aku tunggu Mutheerah keluar dari carefour tu. Lebih kurang 20 minit baru muncul. Nasib baik aku ternampak dia tapau Burge dari Mcdonal, kalau tak aku dah cium cubit telinga dia. hehe..

Ok aku kira satu sampai tiga kau peace!! boleh?
Kami mulakan perjalanan dengan baca Bismillahirrahmanirrahim.. Kau tahu highway dari Sri petaling nak ke Gombak, petang memang jem giler. Aku dengan Mutheerah pulak tak henti-henti popetpotpet. sebab aku tengah marahkan dia. Eh kenapa kau lambat ah? eh kenapa tunggu dekat sini? eh bukan semalam suruh tunggu di TBS ke? Eh kenapa sampai sini? dan segala eh eh eh lagi aku tanya dia. Dia pun mintak maaf la, lepas tu dia tunjuk Burger yang dia tapau tu, eh kimi ni aku ade belikan Burger ni, saje nak alihkan perhatian kan!! pandai betol.. Sambil-sambil jalan jem tu. aku mintak Burger yang dia tapau tadi tu, Mutheerah pun tuangkan sos dalam Burger tu then kasi aku makan.

Kau tahu tak? kau memang tak tahu pun  kalau aku tak bagitahu kan?!  tengah tengah syok layan jalan jem tu. Tiba tiba kereta bagi simptom-simpton yang tak sedap telinga untuk didengari. Mutheerah tanya aku. Kimi kau servis tak kereta ni sebelum gerak tadi? aku jawab, ehh semalam kawan aku Sattar ade pinjam kereta ni balik Negeri Sembilan. Tak lama kemudian tiba-tiba kereta break down di tengah-tengah highway di Sungai Besi. dah la jalan jem macam harem!!.. wuuuuuuuuuuu.. kami bertiga muka cuak giler ah!!! Mutheerah pandang muka aku, eh aku pun pandang gak ar muka dia yang cumil tu. Kami pun keluar dari kereta tu.

Ok. Safura tengah betapa kot kot kereta tu tiba tiba hidup dengan sendiri. Boleh?

Tiba-tiba ada sorang India datang! ade ape ni? kereta rosak? aku jawab ye kereta rosak. dia pun suruh aku buka bonet depan. Aku pun buka dia cek punya cek. dia kata ayyooo ini kereta Alternator losak. Aku pun ouhh ape tu? dia tunjuk. aku tanya mahal ke kalau repair ni? dia jawab dalam rm250. aku terus call abang aku. Haluuu, Abang kereta aku rosak ni. dia jawab, hah rosak?!! kau kat mana? aku jawab Highway Sungai Besi.  Aku pun cerita pasal kereta tu dekat dia. Ok aku lupa nak bagitau, Abang aku ni Askar di Kuantan, dia bahagian Engineering. so tahu la pasal kereta ni. dia cakap kereta ni Alternetor memang rosak!! perghhhhh lagi cuak muka aku!!! Kimi kau balik kampung ikut Kuantan la. singgah di bengkel aku. Alamak time tuh dah nak pukul 7 malam.

Ok aku lupa nak story pasal keling tadi tu. Kau tahu tak dia nak tipu kitorang.Dia nak tukar itu ini dalam kereta tu. sebab aku bagitahu dia 'saya taknak repair dengan you'. saya nak repair dengan abang saya. Aku tipu dia. Workshop abang saya di Gombak tu je!! dia jawab, ayyooo abang ini kereta langsung tak boleh gerak, you kene repair sini jugak la.. Dia nak jugak repair kereta aku. Aku tetap berkeras. Saya taknak!! dah macam budak-budak main tengking-tengking dengan keling tu.. lastly dia kata dia nak tukar 
wayer je, ok fine aku jawab. dia pun tukar. kau tahu berapa dia caj? rm60. Mutheerah bagi rm40. Wayer tu Abang aku cakap rm2 henggit je. Cilake punye keling!!! haishhhh

Lepas keling tu tukar wayer tu. still  kereta tak hidup gak. Dia tolak guna gear dua kemudian hidup sambil aku call abang aku,'kereta dah hidup ni'. Abang aku jawab, 'ok kau balik ikut Kuantan nanti singgah di bengkel aku'.Time ni dah senja, cahaya matahari dah tak berapa nak nampak kau tahu. Tengah syok drive tiba tiba  kau tahu kereta tu lampu jadi malap, radio tak boleh on, tingkap tak boleh tutup. aku pun call abang aku lagi. 'Abang kenapa kereta ni tiba-tiba lampu jadi malap, radio tak boleh on, tingkap tak boleh tutup??? dia jawab. 'hahhhhh??? ok kau drive pelan-pelan, kau drive setakat kereta tu hidup. nanty ape-ape hal call aku'. aku jawab ok.

Ok korang boleh imagine tak? aku tak tahu macam mana nak lukis imagine ni bagi korang. Kami bertiga dalam kereta tu menempuh segala onak duri. Aku drive dalam gelap dengan lampu yang malap, radio tak boleh on, tingkap tak boleh tutup sambil diiringi hati gundah gulana tatkala bibir masing-masing baca Al-quran dari highway Gombak sampai Kem Askar Kuantan Pahang. Malam Jumaat pulak tu. adoi. Kami tiba di bengkel tu jam 10 malam, ok aku ulang lagi sekali kami tiba di bengkel tu jam 10 malam.

Sampai di Kuantan aku terus call abang aku, dia suruh kami tunggu depan Universiti Malaysia Pahanag (UMP). Aku tunggu depan tu. Lebih kurang 5 minit abang aku pun tiba dan bawa kami ke bengkel, sampai di bengkel dia cakap korang kena tidur sini. kereta ni kena repair esok, sebab tak ade barang. Kedai dah tutup. aku pun bagi tahu Mutheerah dengan Safura. Kita kena tidur sini la. macam mana? dia jawab ok je. Ape? korang ingat kitorang tidur di bengkel tu ke? Abang aku bawa masuk Kem Askar. Kami tidur dalam Kem tu. Mutheerah dengan Safura guna bilik abang aku. erkkk abis tu aku dengan abang aku nak tidur mana? ok abang aku bawa gi bilik lain la.. 

Kami tiba di bilik tu. Abang aku tanya korang lapar ke? bapak ah tak lapar, dari petang tadi tak makan hape. Mutheerah jawab. Nak!! Nak!! Nak!! Abang aku bawa masuk dapur Kem Askar tu. perghhh bapak ah besau gile dapur tu. Kau nak tahu tak! Mutheerah Goreng telur masin macam air laut merah di timur tengah kau tahu? 


Dapur dalam kem Askar

Mutheerah baru siap goreng telur yang masin macam laut timur tengah!


Kami makan dengan pinggan yang ada logo Angkatan Tentera Malaysia. Kau ado?
Lauk ni je yang ado. Ikan Kerapu Stim, Sayur Goreng dengan Telur Goreng buatan Mutheerah!

Pinggan ada cop Aangkatan Tentera Malaysia.


Ok nanti aku sambung story lagi ok, dah pukul 3pagi ni. Sekarang aku nak focus final exam aku pulak, dah tak sampai sebulan je lagi. Korang doakan aku yang terbaik boleh? wuuuuuu...


                                 
potpetpotpet: Kita hanya merancang, tapi DIA yang menentukan!!




Wednesday, 12 February 2014

Dia Suruh Aku Ponteng Kelas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Wuuuuu.... Aku bangun awal hari ni. 6am. awal bukan? ouhhh mungkin korang bangun lebih awal dari aku, ok FINE!!! Aku nak bagi tau sikit ni, alah sikit je. Semalam lepas aku apdate entri. ape? entri yang mana? ok kau tekan sini. Tiba-tiba Mutheerah yang aku ajak dia balik Kelantan Jumaat ni call aku. 

dia: Hello kimi
aku : haa hello (ni bukan hello lagu beyonce tuh)
dia: kimi boleh tak kita balik esok? sebab jumaat aku tak ade kelas!! 
aku: oitt,, mana boleh. kan dah janji nak balik jumaat, aku ada kelas la. (dalam hati mujur aku nak bagi tumpang je)
dia: alaaa boleh laaa.. plezz kimi kimi kimi kimi!!!! (dengan sore manje dia tu)
dia lagi: kau ponteng la kelas jumaat ni. eh bolehh?
aku: ehh boleh ke ponteng kelas? 
dia: boleh je. nnti aku call safura k..
aku: ok set elok2 ape2 hal call aku balik
(banyak lagi dialog tuh, aku lupa la.. !!)

Moral of da story, kau tahu? ape dia? tak tahu!? haa aku nak bagi tahu la ni. aku akan balik kelantan petang ni, aku ulang lagi sekali, aku akan balik kelantan petang ni. ok dah macam dekat pasaraya dah main ulang-ulang suara macam ni kan? haaha.. Mutheerah ni study di KUIS, Bangi. dia amik bidang Bahasa Arab. Hamik kau Bahasa Arab tuh.. Macam mana la bakal ustazah ni ajar aku suruh ponteng kelas.. Wooooo....

potpetpotpet: Aku tak cukup tidur ni. petang ni nak kene drive!! ok kau tolong belikan aku Red Bull boleh?








Kesibukan Setiap Hari Rabu Dengan Khamis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Amacam? Ada rupa artis korea tak? Okay. Fine. Takde langsung. Merujuk kepada entri sebelum ni. Aku demam satu minggu bertutut-turut, ehh korang tak kesian ke? aku pegi kuliah sambil diringi hingus-hingus manje yang meleleh? ape? tak kesian langsung? korang ni memang tak ada sifat keperimanusiaan langsung la!! ok aku merajuk sekarang, baik korang pujuk aku cepat!!! cehhhh tak de lah..

For your information sejak aku semester 4 ni setiap hari Rabu dengan Khamis memang aku busy giler, tambah pulak dengan koko setiap petang hari Rabu. Busy aku ni sampai tak sempat nak  tidur makan. Jadual aku full tau tak? kuliah mula jam 8.30pagi sampai 6.00petang baru sampai rumah okbai. Lagi 1 bulan lebih aku nak final exam kalau kau nak tahu. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha. 

Aku ingat Jumaat ni aku nak balik Kelantan la, Ahad datang balik erkk sehari je pun!! Entah tiba-tiba rasa macam nak balik lagi walaupun aku baru je datang KL tak sampai dua minggu!! erkk kau dah kenapa kimi? rajin sangat nak drive. Ok aku rindu my Kelantan, aku rindu my house, aku rindu my our siblings.Ok kali ni aku tak balik sorang-sorang macam mana aku datang sorang-sorang hari tu. kali ni aku ajak Mutheerah Elya dengan Safura Elya temankan aku. Eh kau ingat KL ke Kelantan tu 45minit macam kau pergi rumah nenek kau punya pak ngah sebelah kebun durian belakang rumah kau ke? kau tahu tak berapa jam?ok fine 7jam aku kena hadap stereng kereta kau tau tak? dah la aku nak tido esok kena bangun awal. kau tahu kan? kuliah aku memang awal gile setiap hari Rabu dengan Khamis. 

potpetpotpet: Ok kau tahu tak kenapa aku masih ada koko walaupun kawan aku yang 1 semester dengan aku  dah tak de? sebab aku kene repeat koko. Ok kau jangan bagi tahu mummy aku tau!! eh boleh? haha





Monday, 10 February 2014

Demam! Punca Yang Mempengaruhi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku demam. Demam lagi ? Siriyes aku tak suka demam. Nak buat kerja pun lemah tenaga batin je rasa. Haha.Tak best betul. Padahal banyak lagi kerja nak kena buat kau tahu. Bila demam je, terus tak boleh nak buat kerja kerja berkenaan. Bukan tak larat, tapi rasa cam tak best je bila hingus meleleh-leleh manja diiringi paluan bersin lebih kuat daripada biasa. Eh.  Bunyi aku bersin gila annoying! Kalau kau kapel dengan aku, kau mesti minta break serta merta kalau kau dengar aku bersin. Haha. Dahsyat okay ! Aku tak tipu ni. Wuuu ...

terima kasih atas doa dan keperihatinan anda semua!


Hurm. Terima kasih buat teman teman yang sudi mendoakan kesihatan aku. Ceh. Feeling feeling pulak dah. Eh. Kalau mummy tahu aku demam dia mesti kata Demam lagi ? Haish. Hari tu baru demam kan ? Dah gi makan vitamin banyak banyak. Antibodi lemah lah tu. Ya.Aku nak nanges ni. Haha. Aku ni sikit sikit demam. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, aku telah mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi kejadian demam ni, antaranya ialah:

  • Minuman berais. Aku kalau hirup minuman berais yang sejuk gilerrr tahap kutub utara, aku boleh demam secara laju laju. Aku tak tipu dol.
  • Hujan. Ni lagi dahsyat. Kalau kepala lutut aku kena hujan, aku dah boleh makan panadol lepas tu. Demam terus datang. Haha.
  • Stay up. Dahsyat tak ? Stay up sampai pagi pun boleh mengundang demam tanpa segan silu. Wuuu ...

                            potpetpotpet : Penyakit itu penghapus dosa dosa kecil. XD

Friday, 7 February 2014

Siapa nak iPhone 5c?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Soalan cepumas ni, siapa nak iphone 5c.? Aku tahu mesti kau nak kan ? Eh. Aku saja saja tanya. Kau ingat aku nak bagi free kat kau ? Adeh. Aku pun tak mampu nak guna iPhone 5c. Kata student lagi kan ? So, aku hanya mampu tengok daripada jauh je. Kan dah macam sedih je bunyi dia. Takpe takpe. Kau tunggu je la wahai  iPhone 5c. Bila bunyi bersatu, kau milik aku. Okay. Fine. Aku pinjam dialog daripada filem Pontianak Harum Sundal Malam.





Kau nampak tak apa yang aku nampak ? The most Affordable iPhone is here !!! Tanpa kesedaran sivik, aku terus pasang lagu Billionaire nyanyian Bruno Mars laju laju. I wanna be a billionaire so freaking bad and buy all of the things I never had. Duh. Please do make me a billionaire now so that I can buy this iPhone 5c ! T.T

Apa yang best pasal iPhone 5c ni ? Untuk pengetahuan saudara serta saudari yang tak pernah cuba cuba iPhone 5c macam aku ni, ada banyak gile benda benda best pasal iPhone 5c ni. Siriyes. Meh sini aku nak kongsi sikit. Eh. Kata tak pernah cuba ? Teeettt ... XB




Haiyak. iPhone 5c ni has the highest-resolution phone screen ever ? Siriyes. Boleh berdarah biji mata tengok phone screen ni lama lama. Aku nak ! Aku nak ! Aku nak ! Aku nak ! =.=




Wah. Dah macam laptop pulak. Kalau ada iPhone 5c ni, say babai to laptop ah sebab aku boleh jadi tiba tiba takde masa nak pandang laptop lagi. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Adeh. Siapa suruh iPhone 5c ni best sangat ? =.=




Ni lagi satu hal. HD ? Boleh jadi gile aku dengan godaan ni. Tak payah susah susah nak langgan Astro semata-mata nak tengok HD bila dah ada iPhone 5c ni. Erk. Okay. Fine. Alasan tak berapa nak munasabah.





 Oh. lastly, aku nak bagi tahu iPhone 5c ni dilengkapi dengan 8-megapixel camera. So, boleh tangkap gambar puas puas. Kalau takde DSLR, iPhone 5c ni pun jadi la. XB


potpetpotpetEntri ni dihasilkan secara langsung gara gara aku yang mengidam iPhone 5c. Tu saje. Eh. Siapa nak tiru macam aku tengok daripada jauh je iPhone 5c ni, sila klik di sini. Sama sama la kita meratapi.


Wednesday, 5 February 2014

Frust Terhadap Nasi Lemak!!


Nasi takde lemak. Haih ... Ni buat aku angin satu badan ni. Nasib tak terkentot je lagi. Haha. Nasi tu dah rupa nasi putih tu kau tahu. Kalau macam tu, baik aku masak nasi putih lepas tu aku mintak sikit sambal kau. Boleh? =.=


Sambal pulak tu alahai secipot je. Sipot sedot lagi besar kot. Tak puas ah aku nak merasa nikmat nasi lemak kalau macam tu. Kau bayangkan, nasi lemak dah penoh satu baldi. Sambal? Satu sudu yang hado. Apa ni beb?


Jejari telur tak sampai 1 cm ni apahal? Kau tak guna pembaris masa potong telur tu mungkin? Adeh. Dah la tak nampak nampak batang hidung ikan bilis satu pon. Arggghhh ... Tekanan ah macam ni!


Astaghfirullah al azim. Tak bersyukur langsung kan? Adeh. Nak buat macam mana. Dah kecewa dengan nasi lemak punya pasal. Haha. Takde ah. Nasihat aku, kalau nak jual nasi lemak tu, jual ah betol betol. Ni beli nasi lemak, harga tak sepadan dengan apa yang ada. Tak puas hati ni. Wahai si tukang jual nasi lemak, pulangkan balik seringgit aku. Erk. Seringgit pon nak berkira? Adeh. Habis tu, kau berkira nak letak sambal, telur dengan ikan bilis tu boleh pulak? =.=


potpetpotpet: breakfast pagi tadi..