Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Haiyak! Dah ketul-ketul lengan aku dok menyental baju, suar, kain pelikat, singlet dan jugak spenda haha. Tak perlu gi gym semua tu konon konon la. Tu la sebab dan akibat bila aku mengamalkan konsep sikit sikit lama lama jadi bukit. Maka berbukit sudah pakaian terkumpul setakat neyh. Hamek!!! Terketar-ketar kepala lutut aku tadi dok canggung cangkung sambil sental sental haha. The moral of the story is aku tak reti nak lukis mural. Erk.
Aku pun nak selfie jugak. Eh boleh? |
Bukan Aku : Halo? Ni siapa?
Aku : Eh jap. Ni siapa pulak?
Bukan Aku : Errr... Ni siapa ek?
Aku : Haiyak. Ni tiba tiba kol saya lepas tu tanya saya siapa pulak. Hurmmm. Ni Fakimi.
Bukan Aku : Oh. Ni Munah bukan nama sebenar.
Aku : Siapa pulak ni?
Bukan Aku : Takde siapa siapa.
Aku : Eh eh mana dapat nombor ni?
Bukan Aku : Ada kawan bagi.
Teeettt...
Aku matikan terus talian tu. Adeh. Aku tak suka kot spesies perempuan macam ni. Gedik gedik kol nombor entah siapa siapa lepas tu boleh pulak nak kenal kenal. The problem is kau nampak sangat sangat desperado. Siriyes. You don't know who you call on the phone, then kau senang senang nak beramah mesra selamat hari raya bagai. What if I was a serial killer. Kau tak takut ke? Okay. Aku tahu aku memang tak logik nak jadi serial killer haha.
Lepas tu kan kan kan dia hantar mesej pulak. Adehh deh deh. Cik adik hoi sila hentikan perbuatan ni. Cewahhh. Aku ni dah la malu malu kuceng kalau bab bab ni. Erk. Harap maklum. Biar aku sorang je yang gatal gatal ulat bulu. Kau tak perlu. :P
potpetpotpet: Aku ni memang pemalu orangnya. Eh sila percaya!
No comments:
Post a Comment