Ok cerita ni bermula hari Khamis. Kau ingat tak entri yang aku planning nak balik kampung tu? Ok kau dah lupa! tekan sini. Lepas habis kuliah 5.30petang hari tu. aku degan Safura terus masuk kereta, kami nak gerak balik kampung dah. Safura dah bawa segala kain baju dia time masuk kuliah, tapi time tu aku belum kemas lagi kain baju aku. Aku pun drive balik rumah aku kejap untuk ambil baju, ye la kata nak balik kampung takkan tak bawa baju kot. Time tu Mutheerah tunggu kitorang di carefour Sri Petaling. Kami terus kesana. Kau tahu tak bapak lama aku tunggu Mutheerah keluar dari carefour tu. Lebih kurang 20 minit baru muncul. Nasib baik aku ternampak dia tapau Burge dari Mcdonal, kalau tak aku dah
![]() |
Ok aku kira satu sampai tiga kau peace!! boleh? |
Kami mulakan perjalanan dengan baca Bismillahirrahmanirrahim.. Kau tahu highway dari Sri petaling nak ke Gombak, petang memang jem giler. Aku dengan Mutheerah pulak tak henti-henti popetpotpet. sebab aku tengah marahkan dia. Eh kenapa kau lambat ah? eh kenapa tunggu dekat sini? eh bukan semalam suruh tunggu di TBS ke? Eh kenapa sampai sini? dan segala eh eh eh lagi aku tanya dia. Dia pun mintak maaf la, lepas tu dia tunjuk Burger yang dia tapau tu, eh kimi ni aku ade belikan Burger ni, saje nak alihkan perhatian kan!! pandai betol.. Sambil-sambil jalan jem tu. aku mintak Burger yang dia tapau tadi tu, Mutheerah pun tuangkan sos dalam Burger tu then kasi aku makan.
Kau tahu tak? kau memang tak tahu pun kalau aku tak bagitahu kan?! tengah tengah syok layan jalan jem tu. Tiba tiba kereta bagi simptom-simpton yang tak sedap telinga untuk didengari. Mutheerah tanya aku. Kimi kau servis tak kereta ni sebelum gerak tadi? aku jawab, ehh semalam kawan aku Sattar ade pinjam kereta ni balik Negeri Sembilan. Tak lama kemudian tiba-tiba kereta break down di tengah-tengah highway di Sungai Besi. dah la jalan jem macam harem!!.. wuuuuuuuuuuu.. kami bertiga muka cuak giler ah!!! Mutheerah pandang muka aku, eh aku pun pandang gak ar muka dia yang cumil tu. Kami pun keluar dari kereta tu.
![]() |
Ok. Safura tengah betapa kot kot kereta tu tiba tiba hidup dengan sendiri. Boleh? |
Tiba-tiba ada sorang India datang! ade ape ni? kereta rosak? aku jawab ye kereta rosak. dia pun suruh aku buka bonet depan. Aku pun buka dia cek punya cek. dia kata ayyooo ini kereta Alternator losak. Aku pun ouhh ape tu? dia tunjuk. aku tanya mahal ke kalau repair ni? dia jawab dalam rm250. aku terus call abang aku. Haluuu, Abang kereta aku rosak ni. dia jawab, hah rosak?!! kau kat mana? aku jawab Highway Sungai Besi. Aku pun cerita pasal kereta tu dekat dia. Ok aku lupa nak bagitau, Abang aku ni Askar di Kuantan, dia bahagian Engineering. so tahu la pasal kereta ni. dia cakap kereta ni Alternetor memang rosak!! perghhhhh lagi cuak muka aku!!! Kimi kau balik kampung ikut Kuantan la. singgah di bengkel aku. Alamak time tuh dah nak pukul 7 malam.
Ok aku lupa nak story pasal keling tadi tu. Kau tahu tak dia nak tipu kitorang.Dia nak tukar itu ini dalam kereta tu. sebab aku bagitahu dia 'saya taknak repair dengan you'. saya nak repair dengan abang saya. Aku tipu dia. Workshop abang saya di Gombak tu je!! dia jawab, ayyooo abang ini kereta langsung tak boleh gerak, you kene repair sini jugak la.. Dia nak jugak repair kereta aku. Aku tetap berkeras. Saya taknak!! dah macam budak-budak main tengking-tengking dengan keling tu.. lastly dia kata dia nak tukar
wayer je, ok fine aku jawab. dia pun tukar. kau tahu berapa dia caj? rm60. Mutheerah bagi rm40. Wayer tu Abang aku cakap rm2 henggit je. Cilake punye keling!!! haishhhh
Lepas keling tu tukar wayer tu. still kereta tak hidup gak. Dia tolak guna gear dua kemudian hidup sambil aku call abang aku,'kereta dah hidup ni'. Abang aku jawab, 'ok kau balik ikut Kuantan nanti singgah di bengkel aku'.Time ni dah senja, cahaya matahari dah tak berapa nak nampak kau tahu. Tengah syok drive tiba tiba kau tahu kereta tu lampu jadi malap, radio tak boleh on, tingkap tak boleh tutup. aku pun call abang aku lagi. 'Abang kenapa kereta ni tiba-tiba lampu jadi malap, radio tak boleh on, tingkap tak boleh tutup??? dia jawab. 'hahhhhh??? ok kau drive pelan-pelan, kau drive setakat kereta tu hidup. nanty ape-ape hal call aku'. aku jawab ok.
Ok korang boleh imagine tak? aku tak tahu macam mana nak lukis imagine ni bagi korang. Kami bertiga dalam kereta tu menempuh segala onak duri. Aku drive dalam gelap dengan lampu yang malap, radio tak boleh on, tingkap tak boleh tutup sambil diiringi hati gundah gulana tatkala bibir masing-masing baca Al-quran dari highway Gombak sampai Kem Askar Kuantan Pahang. Malam Jumaat pulak tu. adoi. Kami tiba di bengkel tu jam 10 malam, ok aku ulang lagi sekali kami tiba di bengkel tu jam 10 malam.
Sampai di Kuantan aku terus call abang aku, dia suruh kami tunggu depan Universiti Malaysia Pahanag (UMP). Aku tunggu depan tu. Lebih kurang 5 minit abang aku pun tiba dan bawa kami ke bengkel, sampai di bengkel dia cakap korang kena tidur sini. kereta ni kena repair esok, sebab tak ade barang. Kedai dah tutup. aku pun bagi tahu Mutheerah dengan Safura. Kita kena tidur sini la. macam mana? dia jawab ok je. Ape? korang ingat kitorang tidur di bengkel tu ke? Abang aku bawa masuk Kem Askar. Kami tidur dalam Kem tu. Mutheerah dengan Safura guna bilik abang aku. erkkk abis tu aku dengan abang aku nak tidur mana? ok abang aku bawa gi bilik lain la..
Kami tiba di bilik tu. Abang aku tanya korang lapar ke? bapak ah tak lapar, dari petang tadi tak makan hape. Mutheerah jawab. Nak!! Nak!! Nak!! Abang aku bawa masuk dapur Kem Askar tu. perghhh bapak ah besau gile dapur tu. Kau nak tahu tak! Mutheerah Goreng telur masin macam air laut merah di timur tengah kau tahu?
![]() |
Mutheerah baru siap goreng telur yang masin macam laut timur tengah! |
![]() |
Kami makan dengan pinggan yang ada logo Angkatan Tentera Malaysia. Kau ado? |
![]() |
Lauk ni je yang ado. Ikan Kerapu Stim, Sayur Goreng dengan Telur Goreng buatan Mutheerah! |
![]() |
Pinggan ada cop Aangkatan Tentera Malaysia. |
Ok nanti aku sambung story lagi ok, dah pukul 3pagi ni. Sekarang aku nak focus final exam aku pulak, dah tak sampai sebulan je lagi. Korang doakan aku yang terbaik boleh? wuuuuuu...
potpetpotpet: Kita hanya merancang, tapi DIA yang menentukan!!
No comments:
Post a Comment