Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Teo' ais limau je!! |
Halo halo.. Macam mana hari ni? Ada simptom Monday blues tak? Eh kau tahu tak Monday blues tu apa? Ok semua benda kau tak tahu bukan? Monday blues tu bila kau mengalami hari yang tak best pada hari Isnin, bukan Selasa mahupun Rabu apatah lagi Khamis. haha. Macam macam hal ah. Dengar hari Isnin je, kalau boleh kau nak lari satu padang sekolah sambil garu pusat kau bak kata Azham kawan aku di kolej. What? Najis ah! Haha. Dan kalau boleh kau nak hapuskan hari Isnin daripada senarai top 7 hari hari dalam seminggu tu kan? Kira bagi kau seminggu ada enam hari je lah? Kau memang giler!! Ok aku malas nak layan..
Aku dah buat research sikit. Cehhhwah.. So, aku nak bagi SATU cadangan jer. Haha. Malas ah aku nak bagi banyak banyak. Kau bukan nak hikut pun kan? Okay. Bagi mengelakkan kau mengalami Monday blues, pagi pagi kau bangun tu, kau pasang lah lagu lagu best. Atau lagu lagu yang rancak seperti SECANGKIR MADU MERAH MEMBASAHI DI KALBU BERSULAM ASMARA BENANG BENANG CINTA. Aku siriyes ni ! Bila kau dengar lagu lagu happy ni, secara tak langsung, kau pun boleh jadi happy. Kira macam psiko lebih ah. Haha. Then, masa on the way kau nak gi kuliah/kerja tu, kau boleh pasang radio. Kau ambil lah mood daripada deejay deejay radio yang tak habis habis nak prank orang ramai tu. Boleh?
Eh. Tapi, kau kena ingat, kau jangan dengar lagu lagu sedih tahap air hidong (a.k.a hingus meleleh) tu. Contoh, kau pasang lagu lagu seperti HATI MEMBEKU MENGINGATKAN KATA JANJI MANISMU OH YEAHHHH. Tak pasal pasal kau tercirit lantas terbirit. Haha. Kalau kau dengar lagu lagu jiwang yang memerlukan kau bermain dengan emosi, kau boleh jadi tekanan perasaan nanti. Okay ? Ingat ! Kau mampu mengubahnya ! Kau jangan ingat kau sorang je mampu mengubahnya ! Aku pun mampu mengubahnya ! XD
potpetpotpet: Siriyes entri ni memang tak ada kaitan dengan mana mana blue, bulu atau balu. haha
No comments:
Post a Comment